Salam semua....=)
Anda semua pernah dengar tak pasal exzema?
Mesti biasa dengar kan. Tapi tak amik tau sangat cz tak der kaitan ngan diri sendiri kan.
Sama la jugak ngan saya. Memang tak pernah amik tau,after my bb Muhammad Umar yang kene penyakit ni. Baru la sibuk cari pak cik google nak cari apakah ekzema, punca ekzema, rawatan ekzema dan semua lah pasal ekzema.huhuhu
Umar start kene ekzema mase umur nak masuk 3 bulan. Mase ni memang fully breastfeeding. Naik merah2 kelilimg mulut.Mula2 kecik je...sapu la krim yang doc bg..ntah lepe da name pe..sapu la.nipis je sapu. Takut nipis pulak kulit anak saya.huhuhu. Tak jalan..adoi..stressss
G pulak klinik lain.bgi cream sapu jugak..ilang seminggu...aik,datang balik merah2.STRESS!!!
Try lagi g klinik lain...pun same...n doc cakap,penyakit ni memang tak kan sembuh sampai ank umur 8-10 tahun. Lameeeeeeenye..huhu. ekzema akan hilang,tapi akan timbul balik kalau bb ternakan atau terjumpe ngan benda2 yang menjadi alahan pada die...saboooo je la.
![]() |
UMAR-9BULAN |
Try pulak cara kampung.Makcik tu urut tapak kaki umar n bagi macam air suh minum n habiskan.1 bulan, makin kua macam dalam pic..lagi la aku tak tahan..Lastly, aku pegi Klinik Sulaiman Kuala Terengganu.Memang femes klinik ni tau..bayaran agak mahal.Tapi berbaloi
Pendek kater macam2 cara la aku gune. Nape tak gune shaklee? Anak bawah 1 tahun tak boleh di beri sebarang supliment ye...lambatnye nak tunggu 1 tahun..hehhe..tak sabo nak try shaklee mase ni
Jom kite godek2 ape tu ekzema k..sekadar berkongsi pengetahuan
APAKAH EKZEMA (Dermatitis)
Sejenis penyakit autoimun yg menunjukkan simtom keradangan kulit spt gatal-gatal, kulit kering, kulit bersisik, kemerahan, ruam, keluar cecair yg bersifat acrid (gatal, panas & menyakitkan).
Pakar Kanak-kanak Pusat Perubatan Taman Desa, Kuala Lumpur, Dr. Eric Lee Kim Hor berkata, ekzema biasanya menyerang bayi yang berusia kurang dua tahun.
"Lazimnya ia beransur-ansur sembuh menjelang usia belasan tahun tetapi ada yang berterusan sehingga dewasa. Sebenarnya ekzema tidak dapat dipulihkan tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai," katanya kepada Pancasihat di pejabatnya baru-baru ini.
Beliau menjelaskan ekzema terbahagi kepada dua iaitu atopik dan dermatitis sentuhan. Atopik biasanya berlaku pada bayi yang berusia bawah dua tahun dan akan hilang menjelang remaja.