SAYURAN YANG SIHAT

Sayur-sayuran juga mengandungi banyak vitamin dan mineral yang boleh membantu badan anda berfungsi dengan sempurna. Seperti makanan tumbuhan lain, sayur-sayuran juga tinggi kandungan serat. Buatlah pilihan bijak makan sayur-sayuran yang pelbagai warna, bentuk dan saiz! Sayur-sayuran mentah, dikukus atau ditumis adalah pilihan yang paling bagus

BERSENAM MEMBUAT ANDA GEMBIRA

Masa senaman adalah masa untuk bergembira! Anda boleh berseronok menaiki basikal,berjoging, bermain bola sepak, sepak takraw atau badminton. Senaman juga membakar tenaga berlebihan untuk membantu anda menjadi cergas dan sihat. Ia mengekalkan berat badan yang sihat. Ia baik untuk jantung dan otot-otot anda, dan ia meningkatkan kelunturan anda. Senaman juga menghasilkan bahan kimia dalam otak yang membolehkan anda berasa gembira

BERMAIN BUKAN SEKADAR HIBURAN

Pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak percaya aktiviti bermain merangsang fungsi otak yang dapat memupuk perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak.

KEPENTINGAN SAYUR

Sayur kaya dengan zat enzim yang penting untuk proses pencernaan dan diperlukan oleh tubuh. Proses memasak sayuran hijau akan menghancurkan zat enzim. Oleh itu, bagi mendapatkan zat enzim yang banyak, makanlah sayur-sayuran mentah atau dikukus.

Showing posts with label fungsi vitamin. Show all posts
Showing posts with label fungsi vitamin. Show all posts

Wednesday, 19 February 2014

KEPENTINGAN MULTIVITAMIN DALAM KEHIDUPAN


Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Vitamin adalah zat gizi yang amat diperlukan tubuh bagi memudahkan kita melakukan aktiviti seharian. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada pelbagai penyakit yang menjejaskan tahap kesihatan.

janjivitamin.blogspot.com

 
"Penjagaan kesihatan patut diutamakan sejak usia muda lagi. Kemerosotan kesihatan disebabkan banyak perkara, antaranya gaya hidup yang sentiasa sibuk, tabiat pemakanan yang gemar kepada makanan segera dan tidak bersenam," kata Pakar Kesihatan Usia dari Pusat Perubatan Pantai, Dr. Rajbans Singh pada pelancaran Wyeth Centrum Silver For Adults 50++ baru-baru ini.

Jelasnya, semua orang tahu bahawa pemakanan seimbang sangat penting untuk kesihatan. Namun dalam kesibukan urusan seharian, sukar untuk kita pastikan mengambil makanan yang benar-benar berkhasiat.

Kesudahannya kata beliau, kita terpaksa memilih makanan segera yang kononnya 'nilai untuk wang anda' tanpa menyedari ia sebenarnya punca kepada
kebanyakan penyakit.

"Melalui gaya pemakanan yang tidak seimbang ini, badan kita tidak berupaya mendapatkan mineral dan vitamin secukupnya," katanya.
Kerana itu Dr. Rajbans berkata, bagi mendapatkan semula keperluan tubuh dalam menjalankan fungsinya dengan betul, kita digalakkan mengambil suplemen berbentuk multi vitamin.


FUNGSI VITAMIN
  • Mencegah stress
  • Antioksidan sebagai penjaga sel dan mencegah 
  •     kerosakan sel
  • Menghapuskan radikal bebas dalam tubuh
  • Memberi tenaga yang optimum dan mencegah
  •      kelesuan
  • Menjaga sistem saraf
  • Mengawal hormon

  • VITAMIN SHAKLEE




    >>>>ADA BANYAK PILIHAN VITAMIN DALAM SHAKLEE...PILIH YANG MANA SESUAI DENGAN ANDA!!!