SAYURAN YANG SIHAT

Sayur-sayuran juga mengandungi banyak vitamin dan mineral yang boleh membantu badan anda berfungsi dengan sempurna. Seperti makanan tumbuhan lain, sayur-sayuran juga tinggi kandungan serat. Buatlah pilihan bijak makan sayur-sayuran yang pelbagai warna, bentuk dan saiz! Sayur-sayuran mentah, dikukus atau ditumis adalah pilihan yang paling bagus

BERSENAM MEMBUAT ANDA GEMBIRA

Masa senaman adalah masa untuk bergembira! Anda boleh berseronok menaiki basikal,berjoging, bermain bola sepak, sepak takraw atau badminton. Senaman juga membakar tenaga berlebihan untuk membantu anda menjadi cergas dan sihat. Ia mengekalkan berat badan yang sihat. Ia baik untuk jantung dan otot-otot anda, dan ia meningkatkan kelunturan anda. Senaman juga menghasilkan bahan kimia dalam otak yang membolehkan anda berasa gembira

BERMAIN BUKAN SEKADAR HIBURAN

Pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak percaya aktiviti bermain merangsang fungsi otak yang dapat memupuk perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak.

KEPENTINGAN SAYUR

Sayur kaya dengan zat enzim yang penting untuk proses pencernaan dan diperlukan oleh tubuh. Proses memasak sayuran hijau akan menghancurkan zat enzim. Oleh itu, bagi mendapatkan zat enzim yang banyak, makanlah sayur-sayuran mentah atau dikukus.

Showing posts with label lemak tepu. Show all posts
Showing posts with label lemak tepu. Show all posts

Saturday, 15 February 2014

LECHITIN SHAKLEE : LEMAK SILA PERGI JAUH

SAYA BENCI LEMAKKKKKKKKKKKK......!!!!

Sapa la yang suka lemak agaknye ek...hehehehe..LEMAK VS GEMUK @ LEMAK=GEMUK?
Pada saya..2 2 pun same.Lemak berlebihan bleh wat kite gemuk kan.N lemak jugak tak boleh di pisahkan daripada makanan..ALAMAKKKK..saya sukeeee sangat makannnn....huhuhu
janjivitamin.blogspot.com


Untuk pengetahuan, lemak juga merupakan asas penting dalam diet disebabkan sifatnya yang membekalkan tenaga.
Tambahan pula, lemak turut menambahkan keenakkan dalam makanan. Memang best lemak ni.

Tetapi, pengambilan lemak secara berlebihan dalam diet mampu menjejaskan kesihatan sekaligus
menimbulkan masalah obesiti.

Oleh itu, kita perlu kawal pengambilan lemak dalam makanan seharian ye.

Jom kite berkenalan ngan LEMAK hari ini..=)

JENIS-JENIS LEMAK

Lemak dapat digolongkan dalam 3 jenis ; lemak tepu, lemak tidak tepu, dan lemak trans. Masing-masing memiliki struktur kimia dan bentuk yang berbeza.

Pada suhu bilik, lemak tepu dan lemak trans berbentuk padat seperti butter sedangkan lemak tidak tepu biasanya berbentuk cair, contohnya minyak sayur.

Ketiga jenis lemak tersebut juga memiliki pengaruh yang berbeza pula pada kadar kolesterol pada tubuh. Sifat lemak tepu dan lemak trans banyak membawa kolesterol LDL dalam darah yang mengakibatkan plak menempel pada saluran pembuluh darah yang akhirnya akan mengganggu sistem peredaran darah dan bekalan oksigen dalam tubuh.



Kerana itu, kedua jenis lemak tersebut sering disebut lemak jahat. Berbeza pada lemak tidak jenuh yang membawa lebih sedikit kolesterol dan lemak di dalam darah. Sekarang mari kita kenali masing-masing jenis lemak tersebut.

Lemak Tepu

Lemak tepu mudah dikenali dari bentuknya yang padat seperti lilin dan banyak dalam produk yang berasal dari haiwan seperti daging merah, mentega, atau susu . Pada tumbuhan, lemak tepu terdapat dalam minyak kelapa dan minyak sawit.

Lemak tepu memiliki sifat yang dapat menganggu tubuh iaitu dapat mengentalkan darah sehingga mudah lekat pada dinding pembuluh darah karena menggumpal yang tentu saja dapat mengganggu peredaran darah dalam tubuh.

salur darah tersumbat

Lemak tepu juga mudah menempel pada dinding pembuluh darah dan dapat mengakibatkan pengerasan dinding pembuluh darah. Karena peredaran darah dan oksigen terganggu, penyakit lain seperti penyakit jantung, darah tinggi, dan stroke seringkali menyerang orang yang selalu mengambil makanan berlemak tepu yang tinggi.

Lemak Tidak Tepu

Jenis lemak ini umumnya berwujud cair pada suhu biasa, namun dapat berubah menjadi padat jika disimpan pada suhu sejuk. Banyak ditemukan pada bahan seperti minyak sayur (minyak Zaitun, minyak bunga Matahari, minyak Wijen, minyak Kedelai, kacang-kacangan) dan Alpukat. Juga banyak ditemui pada ikan-ikan
.
Lemak jenis ini dikenal sebagai lemak baik kerana sifatnya yang baik dimana kandungan kolesterol LDL yang dimilikinya lebih sedikit dibandingkan yang terdapat dalam lemak jenuh.
Menurut para ahli lemak jenis ini dapat meningkatkan antibodi pada tubuh, menurunkan kolesterol LDL, dan menurunkan risiko serangan jantung.

Lemak tidak tepu dapat dikategorikan dalam 2 jenis yakni lemak tidak tepu tunggal (mono-unsaturated fatty acids) dan lemak tidak tepu ganda (poly-unsaturated fatty acids).

 Lemak tidak tepu tunggal dapat ditemui pada minyak Zaitun, minyak kacang, dan minyak Canola, Alpukat, dan sebagian besar kacang-kacangan. Sedangkan, lemak tidak tepu ganda dapat ditemukan pada minyak Jagung, minyak biji bunga Matahari, dan minyak Kedelai.
Lemak tak tepu memiliki ikatan atom karbon rangkap yang mudah terurai dan bereaksi dengan senyawa lain, sampai mendapatkan komposisi yang stabil berupa asam lemak tepu.

Semakin banyak jumlah ikatan rangkap itu (poly-unsaturated), semakin mudah bereaksi/berubah minyak tersebut. Minyak dengan lemak tak tepu lebih baik diguna  tanpa diolah/dipanaskan dulu.

Apabila digunakan untuk memasak, bisa digunakan untuk masakan tumis kerana pemanasan tidak berlangsung lama. Jika dipakai untuk menggoreng,lemak tak tepu lebih mudah membentuk lemak trans yang berbahaya kerana sifatnya yang mudah bereaksi. Selain itu, penggunaannya tidak boleh melebihi 4 gram sehari.

Lemak Trans

Lemak trans berasal dari lemak tidak tepu yang mengalami proses pemadatan dengan teknik hidrogenisasi parsial yang menyebabkan perubahan konfigurasi ikatan kimia lemak itu.

Akibatnya, lemak tidak tepu yang umumnya berbentuk cair, menjadi berbentuk padat dan lebih awet. Tujuan sebenarnya adalah untuk membantu minyak yang bersifat tidak tepu menjadi lebih stabil sehingga lebih tahan terhadap reaksi ketengikan dan tetap padat pada suhu bilik.

Walaupun berasal dari lemak tidak tepu yang bersifat baik, lemak trans ini berubah sifatnya kerana proses hidrogenisasi tadi. Lemak jenis ini menjadi tidak berbeza dengan lemak tepu kerana sifatnya yang meningkatkan kolesterol LDL dan menurunkan kadar kolesterol HDL.
Produk dari lemak trans salah satunya berupa margarine yang banyak digunakan dalam kehidupan sehari-hari.


 NAK MENGAWAL DAN MEMUSNAHKAN LEMAK?

Mestila nak kan..ini yang saya syorkan...LECITHIN SHAKLEE la...


NAK LAGI?????
NAK LAGI CEPAT.....

 
 
MMMM...NAKKK LAAAAGI CEPAT?
 
 
 
JADI APER LAGI YANG KAMU DAN KAMU TUNGGUUUUU...